Pakej Percutian Lombok 4 Hari 3 Malam: Teroka Gili Trawangan, Mandalika & Sembalun
Service 2025
Pakej Percutian 4 Hari 3 Malam
Ground Arrangement Lombok Terbaik (4D3N)
Pakej Lombok 4 Hari 3 Malam ini direka khas untuk anda yang inginkan percutian santai tanpa sebarang tekanan. Kami menguruskan setiap detail perjalanan anda, bermula daripada ketibaan di lapangan terbang, penginapan yang selesa, hingga ke lawatan pulau yang eksklusif di Gili Trawangan, keindahan budaya Mandalika, serta panorama pergunungan Sembalun.
Lombok Travelutions berpengalaman luas dalam melayani tetamu dari Malaysia dengan standard perkhidmatan yang jujur, telus, dan mesra, memastikan memori indah anda di Lombok tercipta dengan sempurna.
Pengembaraan Ringkas & Bermakna: Itinerari Pakej 4 Hari 3 Malam Lombok
Pakej istimewa untuk anda yang ingin menikmati Lombok dengan masa yang padat tetapi santai. Gabungan budaya, pulau tropika dan pemandangan pergunungan menjadikan setiap hari penuh pengalaman berharga.
Hari 1 – Ketibaan & Eksplorasi Mandalika
- Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok dan sambutan mesra dengan pengalungan kain serta topi tradisional Sasak
- Lawatan ke Kampung Sasak untuk mengenali budaya tempatan dan persembahan seni tradisional Presean
- Makan tengah hari di kawasan Pantai Kuta Mandalika dengan panorama laut yang mempesona
- Singgah ke Litar Antarabangsa Mandalika, ikon sukan permotoran bertaraf dunia
- Menikmati pemandangan indah dari Bukit Merese, lokasi terbaik untuk foto kenangan
- Makan malam hidangan khas Ayam Taliwang
- Check-in hotel dan rehat
Hari 2 – Gili Trawangan & Senggigi
- Sarapan pagi di hotel
- Singgah di Bukit Malimbu untuk menikmati pemandangan laut dan gugusan Gili dari kejauhan
- Perjalanan ke Gili Trawangan menggunakan bot laju persendirian
- Menikmati suasana pulau tropika dengan pasir putih dan air laut yang jernih
- Aktiviti bebas seperti berbasikal, menaiki cidomo atau snorkeling (kos peribadi)
- Makan tengah hari di restoran tepi pantai Gili Trawangan
- Kembali ke Lombok menggunakan bot laju persendirian
- Singgah di pusat cenderamata Lombok untuk membeli mutiara dan produk tempatan
- Makan malam di restoran terpilih kawasan Senggigi
Hari 3 – Pesona Alam Sembalun
- Sarapan pagi di hotel
- Perjalanan ke kawasan tanah tinggi Sembalun yang sejuk dan nyaman
- Menikmati panorama Gunung Rinjani dari Puncak Sembalun
- Rehat dan makan tengah hari di Kedai Sawah dengan suasana desa yang tenang
- Lawatan ke Taman Bunga Sembalun yang penuh warna
- Singgah di Bukit Selong untuk menikmati pemandangan sawah bertingkat
- Kembali ke Senggigi dan menikmati matahari terbenam
- Makan malam hidangan laut segar
- Check-in hotel dan rehat
Hari 4 – Kepulangan
- Sarapan pagi di hotel
- Check-out hotel
- Lawatan singkat ke Kampung Banyumulek atau Kampung Gerabah
- Makan tengah hari
- Penghantaran ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang
ANGGARAN HARGA PAKEJ PERCUTIAN LOMBOK 4D3N (RM)
Kemaskini Terkini: Februari 2026
| Pilihan Hotel / Resort | 36 Pax+ | 21–35 Pax | 15–20 Pax | 11–14 Pax | 6–10 Pax | 4–5 Pax | 2–3 Pax |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| M Hotel / Amaia / *2 / Setaraf | RM 507 | RM 535 | RM 562 | RM 617 | RM 672 | RM 727 | RM 825 |
| Puri Indah / Fave / *3 / Setaraf | RM 548 | RM 576 | RM 603 | RM 658 | RM 713 | RM 768 | RM 866 |
| Prime Park / Golden Palace / *4 / Setaraf | RM 617 | RM 645 | RM 682 | RM 727 | RM 782 | RM 837 | RM 935 |
| Montana / Jayakarta / *4 / Setaraf | RM 631 | RM 658 | RM 686 | RM 741 | RM 796 | RM 851 | RM 949 |
| Holiday Resort / Aruna / *4 / Setaraf | RM 700 | RM 727 | RM 755 | RM 810 | RM 865 | RM 920 | RM 1,018 |
| Sheraton / *5 / Setaraf | RM 865 | RM 892 | RM 920 | RM 975 | RM 1,030 | RM 1,085 | RM 1,183 |
| Katamaran / Qunci Villa / *5 (Luxury) | RM 1,112 | RM 1,085 | RM 1,112 | RM 1,167 | RM 1,277 | RM 1,332 | RM 1,430 |
*Nota: Harga adalah anggaran dalam Ringgit Malaysia (RM) berdasarkan kurs semasa.
Pakar Percutian Malaysia
Kami pakar dalam menguruskan delegasi dari Malaysia. Aturcara boleh diubahsuai mengikut keperluan kumpulan anda.
Hubungi Kami Segera
💬 WhatsApp SekarangPakej Termasuk (Inclusive)
- Hotel Pilihan + Sarapan (2 Orang/Bilik)
- Kenderaan Peribadi (Private) & Petrol
- Makan Tengahari & Malam (Restoran Halal)
- Pemandu Pelancong Berlesen (Min 10 Pax)
- Tiket Masuk & Bayaran Parkir Lawatan
- Bot Peribadi (Private Boat) ke Gili Trawangan
- Air Mineral sepanjang hari perjalanan
Pakej Tidak Termasuk (Exclusive)
- Tiket Penerbangan (AirAsia/Batik Air)
- Insurans Perjalanan (Travel Insurance)
- Perbelanjaan Peribadi (Dobi, Tips, dll)
- Aktiviti Tambahan di Pulau (Basikal/Cidomo)
Sedia untuk mencipta memori indah di Lombok bersama yang tersayang?
Dapatkan sebut harga (quotation) eksklusif untuk Pakej Percutian Lombok 4D3N.
Aturcara peribadi yang fleksibel merangkumi Tanah Tinggi Sembalun, Gili Trawangan, hingga ke Pantai Mandalika.
Maklumat Penting & Syarat Perkhidmatan
Di Lombok Travelutions, kami mengutamakan ketelusan dan keselesaan anda. Berikut adalah info penting mengenai tempahan, polisi, dan soalan lazim (FAQ).
Tempahan & Sistem Pembayaran▾
- Wang Pendahuluan (Deposit): Hanya 10% untuk mengunci jadual perjalanan anda.
- Baki Bayaran: Baki 90% boleh dijelaskan secara tunai atau pindahan semasa hari pertama ketibaan anda di Lombok.
- Kaedah Bayaran: Pindahan Bank (Akaun Syarikat kami). Maklumat akaun akan diberikan selepas pengesahan tempahan.
Polisi Pembatalan & Perubahan▾
- Sebarang perubahan tarikh bergantung kepada kekosongan hotel & kenderaan (mungkin dikenakan caj tambahan).
- Pembatalan kurang daripada 14 hari sebelum tarikh ketibaan mungkin dikenakan caj pembatalan mengikut polisi hotel.
- Wang pendahuluan (deposit) tidak boleh dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat di saat akhir oleh pihak pelancong.
Kapasiti & Keselesaan Kenderaan▾
- 2–5 pax → Avanza / Innova Reborn (Sangat Selesa)
- 6–14 pax → Toyota Hiace Commuter/Premio
- 15–30 pax → Bas Persiaran Medium
- 35 pax ke atas → Bas Persiaran Besar (Big Bus)
Polisi Kanak-kanak (2–10 Tahun)▾
- Kanak-kanak (Kongsi Katil): 30% daripada harga dewasa (Tanpa Extra Bed).
- Kanak-kanak (Katil Tambahan): 80% daripada harga dewasa (Dengan Extra Bed).
- Kanak-kanak (Seorang Dewasa): 100% harga penuh sekiranya berkongsi bilik dengan hanya 1 orang dewasa.
Keadaan Luar Kawalan (Force Majeure)▾
Sekiranya berlaku keadaan luar kawalan (cuaca ekstrem, bencana alam, atau polisi kerajaan), aturcara perjalanan mungkin diubah demi keselamatan tetamu. Kami akan berbincang untuk memberikan alternatif terbaik atau penjadualan semula.
Soalan Lazim (FAQ)
Bagaimana cara untuk menempah pakej?▾
Anda hanya perlu hubungi kami melalui WhatsApp. Selepas berbincang tentang aturcara dan harga, deposit 10% diperlukan untuk pengesahan. Baki selebihnya dibayar apabila anda sampai di Lombok.
Adakah harga sudah termasuk makan minum?▾
Ya, pakej kami adalah "Ground Arrangement" yang lengkap merangkumi hotel, sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, kenderaan peribadi, dan tiket masuk tempat lawatan.
Bolehkah saya ubah aturcara (itinerary)?▾
Sudah tentu boleh! Kami sangat fleksibel. Anda boleh berbincang dengan pasukan kami untuk menambah atau menukar destinasi mengikut keinginan kumpulan anda.
Adakah pakej ini sesuai untuk warga emas?▾
Ya, aturcara kami direka secara santai dan tidak terburu-buru, sangat sesuai untuk percutian keluarga yang membawa warga emas mahupun kanak-kanak kecil.
Adakah makanan yang disediakan Halal?▾
100% Halal. Kami hanya bekerjasama dengan restoran yang menyediakan hidangan halal dan kami juga menjaga waktu solat sepanjang perjalanan tur dijalankan.
Service 2025
Keistimewaan Pakej Percutian Lombok 4D3N
Kami menawarkan pengalaman percutian yang menggabungkan keselesaan logistik, perkhidmatan peribadi yang mesra, dan detik-detik indah di destinasi paling ikonik di Lombok.
Sambutan Tradisional VVIP
Kami meraikan kedatangan anda dengan pengalungan kain tenun Sasak asli sebaik sahaja tiba di lapangan terbang. Pengurusan bagasi anda juga diuruskan dengan rapi.
Laluan Percutian Yang Optimum
Aturcara yang menggabungkan kesejukan tanah tinggi Sembalun dan kemewahan pulau Gili Trawangan dalam satu laluan perjalanan yang santai tanpa meletihkan.
Perkhidmatan Mesra Muslim
Keselesaan anda adalah keutamaan kami. Kami memastikan setiap detik perjalanan anda terjaga dari segi kualiti makanan dan kemudahan solat.
- Makan minum 100% Halal
- Singgah di masjid/musala
- Pemandu (Supir) yang sopan
Logistik Bot Peribadi (Private)
Privasi kumpulan anda terjamin dengan penggunaan Private Boat untuk aktiviti snorkeling di 3 Gili, mengelakkan kesesakan dengan pelancong awam yang lain.
Pilihan Hotel Berkualiti Tinggi
Kami hanya bekerjasama dengan rangkaian hotel terpilih yang menawarkan keselesaan maksima, lokasi yang strategik, dan sarapan pagi yang menyelerakan.
Dokumentasi Foto Percuma
Detik-detik indah anda diabadikan oleh pemandu kami melalui dokumentasi foto yang menarik untuk dijadikan kenang-kenangan atau perkongsian di media sosial.
Sedia untuk merancang percutian impian anda?
Sembang Dengan Pakar Lokal KamiKepakaran Lokal untuk Percutian Impian Anda di Lombok
Kami memahami bahawa percutian bersama keluarga atau rakan-rakan memerlukan keselesaan dan pemandu yang boleh dipercayai. Lombok Travelutions sedia menguruskan segala keperluan anda dengan perkhidmatan yang jujur, telus, dan mesra.
- ✓Aturcara Santai & Fleksibel
Jadual perjalanan yang tidak terburu-buru, sesuai untuk warga emas dan kanak-kanak. - ✓Pemandu (Supir) Peribadi Mesra
Supir lokal yang sopan, jujur, dan pakar tentang selok-belok pulau. - ✓Kenderaan Bersih & Selesa
Kenderaan persendirian (Private) yang luas dan berhawa dingin untuk kumpulan anda. - ✓Jaminan Makan Minum Halal
Kami hanya membawa anda ke restoran yang dijamin bersih dan 100% Halal. - ✓Bantuan 24 Jam di Lombok
Kami sentiasa bersedia membantu anda sepanjang tempoh percutian di sini.